20170206

3 Kaedah Mencari Perniagaan Yang Sesuai

Perniagaan apa yang sesuai?
Bagaimana memulakan pernigaan? Mencari perniagaan apa yang sesuai untuk kita adalah langkah yang pertama.
Ramai yang jenis terikut-ikut dengan orang. Betul, untuk berjaya kita kena ikut orang berjaya. Tetapi tidak bermakna, kena ikut 100% apa yang dia buat. Dato’ Vida berniaga kosmetik jadi jutawan, tidak bermakna kita pun kena jual kosmetik nak berjaya.


1. Pelanggan
Siapakah pelanggan yang paling mudah kamu jual barang kamu?
·        Kelompok mereka yang bekerja atau dalam sesuatu industri tertentu.
·        Kelompok sesuatu hobi
·        Kelompok pendapatan tertentu
·        Kelompok umur, jantina atau latarbelakang.
Sebagai contoh, target perniagaan kita adalah kepada pekerja kilang Xyz. Perniagaan yang mungkin sesuai adalah menjual nasi lemak di depan kilang. Setiap pagi pada pukul sekian-sekian lebih kurang berapa ratus orang akan masuk memulakan kerja. Kalau separuh dari mereka membeli..untung juga.

2. Masalah kepada peluang
Lihat masalah sekeliling dan jadikan peluang. Kita selalu mendengar pelbagai masalah, rungutan setiap hari. Kalau kita positif, ini sebenarnya adalah peluang kita.
Teringat my bos pernah cerita, company dia untung besar bila seluruh Negara mengalami kemelesetan ekonomi beberapa tahun lalu. Ketika itu, banyak kilang-kilang besar/kecil cuba mengurangkan kos operasi. Salah satu langkah drastik ialah mencari alternative supplier yang lebih murah. Masa nilah peluang company-company kecil nak bersaing dengan company besar.

3. Tukarkan hobi kepada business
Pernahkah terfikir, menjadikan hobi kepada businees? Saya suka shopping baju, sehingga saya memiliki terlalu banyak baju dan masih terus membeli yang baru. Akhirnya, saya sedar saya boleh tukarkan baju lama saya kepada sedikit duit. Menjual sebagai prelove items. Dan bila saya rasa berniaga ini menyeronokkan, saya cuba membeli untuk dijual pula.


Semoga kita berjaya. 

No comments: