20170307

Tempahan meja besi

Ini projek kawan kepada kawan. Meja besi yang kuat dan kukuh. 



Ini sketches awal dari customer. Meja untuk letak Oven besar dia. Oven untuk meniaga kuih katanya. Oven dah beli katanya, tapi tak ambil lagi, nak tunggu meja ni siap nak letak terus kat atas meja yang kukuh ni. Sebab oven tu sangat berat, customer nak meja yang betul-betul kukuh.


Ni hasilnya. Special request nak warna putih. Bila siap, memang cantik.
 

Nampak macam meja biasa, tapi ini meja besi yang sangat kukuh!
Semoga customer kami berpuas hati, semoga meja ni berguna untuk business mereka, dapat buat kuih banyak-banyak..Insyallah.

20170227

20170220

Tangga Kejayaan

Jangan tak tahu, sangkar kucing pun siap bertangga bagai. Walaupun kebarangkalian anak kucing nak guna tangga adalah kurang. Rasanya, sebabgai seekor kucing yang pandai melompat, jump je.. tidaklah guna tangga kot..


Buat tangga sebagai cukup syarat je..


Tangga yang dah siap.

20170206

3 Kaedah Mencari Perniagaan Yang Sesuai

Perniagaan apa yang sesuai?
Bagaimana memulakan pernigaan? Mencari perniagaan apa yang sesuai untuk kita adalah langkah yang pertama.
Ramai yang jenis terikut-ikut dengan orang. Betul, untuk berjaya kita kena ikut orang berjaya. Tetapi tidak bermakna, kena ikut 100% apa yang dia buat. Dato’ Vida berniaga kosmetik jadi jutawan, tidak bermakna kita pun kena jual kosmetik nak berjaya.


1. Pelanggan
Siapakah pelanggan yang paling mudah kamu jual barang kamu?
·        Kelompok mereka yang bekerja atau dalam sesuatu industri tertentu.
·        Kelompok sesuatu hobi
·        Kelompok pendapatan tertentu
·        Kelompok umur, jantina atau latarbelakang.
Sebagai contoh, target perniagaan kita adalah kepada pekerja kilang Xyz. Perniagaan yang mungkin sesuai adalah menjual nasi lemak di depan kilang. Setiap pagi pada pukul sekian-sekian lebih kurang berapa ratus orang akan masuk memulakan kerja. Kalau separuh dari mereka membeli..untung juga.

2. Masalah kepada peluang
Lihat masalah sekeliling dan jadikan peluang. Kita selalu mendengar pelbagai masalah, rungutan setiap hari. Kalau kita positif, ini sebenarnya adalah peluang kita.
Teringat my bos pernah cerita, company dia untung besar bila seluruh Negara mengalami kemelesetan ekonomi beberapa tahun lalu. Ketika itu, banyak kilang-kilang besar/kecil cuba mengurangkan kos operasi. Salah satu langkah drastik ialah mencari alternative supplier yang lebih murah. Masa nilah peluang company-company kecil nak bersaing dengan company besar.

3. Tukarkan hobi kepada business
Pernahkah terfikir, menjadikan hobi kepada businees? Saya suka shopping baju, sehingga saya memiliki terlalu banyak baju dan masih terus membeli yang baru. Akhirnya, saya sedar saya boleh tukarkan baju lama saya kepada sedikit duit. Menjual sebagai prelove items. Dan bila saya rasa berniaga ini menyeronokkan, saya cuba membeli untuk dijual pula.


Semoga kita berjaya. 

20170202

Sangkar Kucing Lagi

Ini project jiran depan rumah. Sangkar kucing budget je. Lama betul nak siapkan pasal sekarang masih musim cuti raya cina. Jaring besi untuk kelililng sangkar ni belum dapat beli lagi. Taukey masih bercuti.



Abaikan depan rumah tak kemas.


Minyak dah naik harga, harga besi pun awal-awal lagi dah canang nak naik lepas raya cina ni..

Nanti kita update lagi sangkar yang dah siap…