20151208

Selendang Terkini

Dalam banyak-banyak jenis tudung macam tudung instant, tudung bawal dan selendang. Aku sendiri lebih suka selendang. Sejak selendang dah jadi trend ni...aku hari-hari pergi kerja pakai selendang. Mudah, cepat dan feeling muda remaja sikit. 

Oleh itu, menjelang tahun baru 2016 beberapa hari lagi, aku nak review sikit selendang terkini yang cantik-cantik semuanya. Ni koleksi Zalora yang aku dah pilih. Selendang paling terkini...

Ini contoh selendang yang paling mudah nak handle. Long shawl with curve edge, materialnya dari chiffon. Sesuai sangat untuk mereka yang tak suka gosok tudung macam aku. Bukan malas tetapi tak berapa ada masa nak gosok lama-lama.. ayat cover balik kemalasan aku..he.he. Selendang yang wajib ada.
Macam-macam warna ada. Feeling ayu-ayu sikit ambil warna muda.

Pakai baju plain match dengan tudung bunga-bunga. 

Ini satu lagi contoh selenadang yang tak perlu seterika langsung. Confirm! jadi stail pulak nampak renyuk-renyuk gitu. Corak cheetah printed yang aku pilih kat bawah ni pun stailish gitu.

Cheetah Printed Wide Shawl. 

Selendang boleh pelbagai gaya. Sehelai tudung boleh belit macam-macam stail. Ni contoh selendang Naelofar for Zalora. Sehelai selendang dengan 4 gaya.Korang belit macam mana pun confirm comel macam Neelofa. 


Ada yang cakap boleh je beli selendang ala-ala Neelofa kat mana-mana (tiruan la tu). Tetapi kau dah pernah pakai yang original, kau tahulah..hihi.. Beza original ni quality control tau. Walau kau beli online, kau akan rasa confident dengan quality secantik gambar. Tak payah risau tengok kat Zalora macam cantik je, bila beli pakai tak sedap. Selain memang polisi Zalora kau boleh pulang balik tetapi aku rasa jaranglah orang return balik tudung Neelofar ni. Kita dah tahu quality dia macam mana.

Selain selendang untuk harian yang tak payah digosok, kalau untuk majlis-majlis tertentu selendang yang glamour mestilah ada beading atau lace. Selendang terkini, tak payah sarat sangat beading. Less is more. Ishk...
Lubaina: Daania Lacey Rectangle Shawl

Qish Qish Butik Shalia Shawl 14                               

Inilah antara beberapa koleksi selendang terkini yang jadi pilihan aku. Korang boleh usha lagi kat Zalora. Macam-macam warna, corak pilihan korang. Murah, mahal, semua ada... 


No comments: